Inilah Doaku – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

$ 4.42

Inilah Doaku – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Dalam buku kecil ini, kami kemukakan sejumlah doa yang sewajarnya dibaca dan diamalkan. Kami berazam dan bercita-cita untuk beriltizam membacanya pada waktu pagi meskipun jumlah doa yang dikemukakan tidaklah sebanyak mana. Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke 15 minit untuk bermunajat dengan doa-doa ini. Ia mungkin boleh dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja pada setiap pagi. DOA menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya. (Lihat Sya’n al-Du’a, 1/4) Antara sebab (penulis) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menulis buku Inilah Doaku ini: Doa adalah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung kepada- Nya. Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan masing- masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai rencam kehidupan berupa cabaran, halangan dan dugaan. Justeru umat Islam diajar supaya berdoa kepada Allah SWT bagi memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat terkabul.